Tuesday, March 10, 2009

Kerana Cinta

Mestica feat In-Team

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

*semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

*dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka
entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta..oh..cinta..oh..cinta..oh..cinta

repeat **

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Tuesday, February 24, 2009

Buruk Sangka

Hari ini seperti biasa, aku memulakan perjalanan ke Lecture Hall yang terletak dalam bangunan Community Medicine. Jarak dari rumah tidaklah terlalu jauh tetapi memandangkan jam telah menunjukkan pukul 8.53 pagi dan aku akan mengambil End Posting Examination untuk Community Medicine sebentar lagi, maka aku memutuskan untuk mengambil auto rickshaw ke sana. Aku berjalan menuju ke tempat menunggu auto rickshaw. Kelihatan ada beberapa buah di sekitar tempat menunggu dan aku memberikan isyarat kepada salah seorang driver. Sebuah auto bergerak menuju tempat aku berhenti. "Alamak pakcik ni pulak. This going to be a bad day." Kenapa pula aku berkata demikian? Pakcik yang memandu auto ini kukenali sebagai pakcik yang suka mengenakan extra charge. Telah beberapa kali apabila aku menaiki autonya dia menambah caj tambahan sebanyak Rs5. " Habislah Rs5 aku hari ini, "kataku lagi. "Hmm..takpela, nak buat macam mana dah naik. Takkan nak suruh berhenti pula." Pada waktu itu aku me'rela'kan diri untuk membayar Rs20 berbanding Rs15 pada hari-hari lain. Setibanya aku di ICHS, aku pun mengeluarkan dua keping not merah dan menghulurkan kepadanya. Kemudian, tangannya menyeluk ke tempat duit syiling dan mengeluarkan syiling Rs5. Aku terkesima. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya, aku pun berlalu dan berjalan ke arah bangunan yang bertentangan dengan ICHS, Dalam hatiku, tidak putus-putus aku beristighfar. Aku telah bersangka buruk dengan pakcik itu.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling mematai-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara

[Sahih Muslim]

Friday, January 23, 2009

~**sahabat**~

UMAR BIN ABDUL AZIZ berkata:

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.. "

Saturday, January 17, 2009

Thursday, January 15, 2009

As-Saff : 10-11


AYAT 10:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?



AYAT 11:

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Monday, January 5, 2009

1430 Hijrah vs 2009 Masihi

Kalendar Hijrah membuka lembarannya seminggu yang lalu. Angka telah berubah kepada 1430 daripada 1429. Tiada apa yang berbeza, sekadar menyedari setahun telah pun berlalu dan usia telah meningkat. Umur yang sepatutnya telah terisi dengan khazanah pengetahuan dan pengalaman. Umur yang semakin menginjak dewasa. Jika dalam tahun Hijrah aku berumur 24 tahun, tahun Masihi telah membawaku ke usia 23 tahun. Semakin hampir dengan suku abad kehidupan. The older you are, the wiser you are. Wiser...sejauhmana kematangan peribadi seseorang pada umur sedemikian? Sejauhmana bijaknya diri dalam memutuskan sesuatu perkara. Andai masih berada di takuk lama, alangkah ruginya. Apabila berbicara tentang resolusi baru, rata-rata orang meletakkan target dalam kehidupan apa yang sepatutnya dilakukan. Tahun baru sinonim dengan azam baru. Azam yang mungkin akan terlaksana jika mempunyai iltizam yang tinggi atau sekadar hangat-hangat tahi ayam di pertengahan. Namun, bagi yang tidak berazam apa-apa dan mempunyai sikap yang statik untuk jangka masa yang lama, mereka ini merupakan individu yang tidak produktif dalam kehidupan. Azam yang dilafazkan perlulah digerakkan bukannya sekadar bermain di bibir sahaja. Biarpun kecil, tetapi jika dilaksanakan secara konsisten adalah lebih baik daripada yang memasang angan-angan tinggi yang kosong.


Kedatangan tahun baru haruslah disambut dengan gemilangnya. Selaraskah dengan agama untuk menyambut tahun baru? Di mana rasional sambutan meriah tahun baru? Mungkin ada yang tidak bersetuju. Terlindungkah mereka yang menggemari tahun baru diraikan secara besar-besaran daripada impak negatif 'perayaan tahunan' ini? Lebih banyak negatif daripada nilai positif...mungkin juga tidak keterlaluan jika mengatakan hampir 100% adalah negatif. Mengapa? Tahun baru menyaksikan nilai-nilai agama dan moral terhakis daripada diri seseorang. Sambutan tidak akan lengkap tanpa pesta, berseronok-seronok secara keterlaluan, melakukan perbuatan-perbuatan yg tidak selaras dengan pegangan agama. Pesta arak dan seks yang bermaharajalela. Hanya kerana tahun baru. Tarikh menyaksikan ramai yang terkorban di jalan raya kerana memandu dalam keadaan mabuk dan sebahagian besar gadis-gadis yang hilang daranya dan sebagai akibat lahirlah anak luar nikah selepas 40 minggu. GRAF SOSIAL semakin merudum. Namun, inilah sambutan tahun baru yang dibangga-banggakan.


Kedatangan tahun baru tidak ada bezanya. Tahun bertambah, umur bertambah dan semakin pula hampir dengan hari di mana semua manusia tidak dapat lari daripadanya. Dan tahun baru Masihi pada tahun ini sangat hampir dengan tahun baru Hijrah. Sedarkah kita? Atau telah dibayangi dengan resolusi-resolusi tahun 2009? Tiada salahnya menyimpan azam tetapi seiring dengan azam duniawi, azam ukhrawi perlu ditingkatkan. Bentuklah diri menjadi mukmin yang kamil. Lengkapkan diri dalam bidang-bidang yang kurang difahami. Tingkatkan amal. Tampung kekuranan diri dengan membanyakkan berbuat kebajikan. Seseorang mukmin tidak patut jatuh pada lubang yang sama dua kali.


Ingatlah, SEMALAM telah berlalu, ESOK masih menanti, HARI INI pasti.


Dan, pastikan HARI ESOK lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.

Yang Baru...

Bertanya kepada diri sendiri, kenapa harus wujud blog yang lain? Tidak cukupkah dengan 'True Believer'? Apa yang bezanya berbanding blog sebelum ni? Apa yang istimewanya blog ni? Sebenar-benarnya tiada perbezaan ketara di antara blog 'Di Jalan Itu' dengan blog 'True Believer'. Mungkin tulisan dlm blog ini diharapkan lebih matang, bukan self-centered, dan ditulis dari aspek yang lebih luas pemahamannya.

...Di Jalan Itu...