Showing posts with label tinta hati. Show all posts
Showing posts with label tinta hati. Show all posts

Saturday, October 3, 2009

Bicara Hati Yang Malas

Letihnya...

Kenapa rasa malas je? Mana perginya hilang semangat?

Taknak buat apa-apa, taknak pergi kelas, taknak buka buku

Bila rasa malas menguasai diri semua benda tak jadi, semua perkara tak bermakna

Atas apa kehidupan ini berlalu???

Pada siapa perlu minta pertolongan? Pada siapa nak curah rasa hati?

Rasa serba tak kena, rasa bersalah yang mencucuk jiwa

Tak tahu mana pangkal arah, tak tahu apa yang perlu dilakukan

Sungguh hati ini sebenarnya mencari Dia tapi acapkali menangguh

"Ah, esok kan ade lagi." "Tunggulah bila dah tak sibuk sangat."

Entahlah...

Masih mengharap andai untuk seketika rasa itu kembali semula

Rasa percaya pada diri sendiri, rasa kebergantungan kepada-Nya

Esok mungkin ada, tapi akan adakah hayat untuk esok hari?

Monday, January 5, 2009

Yang Baru...

Bertanya kepada diri sendiri, kenapa harus wujud blog yang lain? Tidak cukupkah dengan 'True Believer'? Apa yang bezanya berbanding blog sebelum ni? Apa yang istimewanya blog ni? Sebenar-benarnya tiada perbezaan ketara di antara blog 'Di Jalan Itu' dengan blog 'True Believer'. Mungkin tulisan dlm blog ini diharapkan lebih matang, bukan self-centered, dan ditulis dari aspek yang lebih luas pemahamannya.

...Di Jalan Itu...