Bagaimana memanipulasi Facebook sebagai medium dakwah?
1) Perlu memiliki akaun Facebook terlebih dahulu. Letakkan maklumat diri sekadar yang perlu.
2) Muat naik gambar anda sebagai identiti diri tetapi perlu mengawasi supaya gambar-gambar tersebut tidak menunjukkan aurat. Hindari aksi-aksi yang bertentangan dengan syariat seperti membuka aurat atau aib orang lain. Perkongsian gambar bersama-sama orang lain perlulah mendapat keizinan supaya tidak membuka aib orang lain secara tidak sengaja.
3) Gunakan kolum pencarian untuk mencari rakan-rakan anda (sama ada yang Muslim ataupun yang bukan Muslim). Manfaatkan jaringan sosial ini sebagai wadah untuk merapatkan hubungan (dan juga untuk berdakwah). Mungkin pada awal perkenalan anda tidak mampu berdakwah kerana kekurangan ilmu, sumber dan sebagainya. Boleh juga mensasarkan beberapa golongan untuk didakwah (mad'u) tetapi tidak wajar terlalu memilih mad'u.
4) Kenali mad'u anda (dan elakkan prasangka negatif). Daripada perkenalan dengan mereka, sudah cukup baik jika kita mampu mengetahui minat atau kecenderungan mereka dan peluang yang boleh digarap dalam usaha dakwah kelak.
5) Langkah-langkah utama dalam menggunakan aplikasi Facebook
(i) Jemput (invite) rakan-rakan anda menyertai group seperti 'What is Islam?' dan seumpamanya atau dapatkan sokongan -sokongan mereka daripada group seperti 'Let's collect 1000000 signatures to support the Palestinian in Gaza'
(ii) Berkongsi (muat naik/upload) video-video berkaitan Islam atau apa sahaja berkait dengan sains atau kemanusiaan yang akhirnya kembali kepada keEsaan Allah.
(iii) Menggunakan aplikasi notes untuk menghantar artikel atau catatan berbentuk dakwah yang menarik dan tandakan (tag) rakan-rakan di dalam senarai. Boleh juga meletakkan kenyataan-kenyataan yang menarik perhatian dan menyertakan link laman web sebagai sumber rujukan.
(iv) Cipta group sendiri dan jemput rakan-rakan lain untuk menyertainya. Adakan diskusi-diskusi ilmiah tentang sesuatu topik yang bermanfaat. Jaga adab-adab bertutur semasa berbincang.
(v) Gunakan aplikasi "What's on your mind?' untuk mengetengahkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menggambarkan kecantikan Islam.
(vi) Elakkan daripada bermain kuiz-kuiz yang tidak berfaedah atau apa jua kuiz, baik ia berkisar tentang jodoh, horoskop atau perkara yang menentukan nasib anda pada masa hadapan.
(vii) Gunakan aplikasi chat untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakan-rakan anda. Ini salah satu kita mendekati mereka. Teruskan menjalin hubungan baik dengan semua kenalan anda.
* Untuk mengetahui lebuh lanjut anda boleh membaca Majalah I bilangan 83 bahagian Fikrah Tajdid dalam artikel bertajuk 'Dakwah Menggunakan Facebook'
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment