
Perkongsian seorang sahabat semasa dalam liqa' semalam:
Apa ertinya ketenangan dan kebahagiaan? Macam mana yang dikatakan kita berasa tenang atau bahagia?
Menurut sahabat ini lagi, ini bukanlah soalan empunya diri tetapi soalan ditujukan kepadanya oleh salah seorang teman baiknya.
Hmmm...TENANG dan BAHAGIA.
Tenang yang bagaimana pula ye? Kata sahabatku ini lagi, kita tidak mungkin berasa tenang atau bahagia sepanjang hari.
Mungkin dalam sehari kita berasa tenang atau bahagia untuk jangka masa yang sekejap je. Mungkin 5 minit atau kurang dari itu.
Tenang setelah menghabiskan assignment yang diberikan atau bahagia apabila dapat menikmati makanan yang sedap, tapi itu cuma berlaku pada masa yang singkat (maknanya di sini, ketenangan dan kebahagiaan itu hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal)
Lain pula apabila ketenangan dan kebahagiaan yang terangkum dalam Islam, yang disebut-sebut dalam Al-Quran. Ketenangan dan kebahagiaan sebegitu bersifat kekal. Hati manusia cenderung kepada fitrah kejadian manusia itu sendiri iaitu mengingati Pencipta-Nya. Hati tidak akan berasa tenang apabila kita jauh memikirkan tentang-Nya. Seolah-olah ada bahagian diri yang hilang.
Jawapan kepada persoalan tersebut?
Tenang dan rasa bahagia itu sangat subjektif. Tenang dan rasa bahagia seseorang itu mungkin berlainan antara seorang individu dengan individu yang lain. Perasaan tenang dan bahagia di dunia belum tentu boleh menjamin keadaan seseorang itu di Akhirat. Biarlah rasa tenang dan bahagia itu perasaan yang terangkum dalam syariat.
Konteks tenang dan bahagia akan lebih meluas sekiranya kita tidak membataskan perasaan tersebut untuk perkara-perkara yang bersifat sementara sahaja.
Hati yang tenang akan membentuk jiwa yang bahagia (^0^)


No comments:
Post a Comment