Tuesday, February 24, 2009

Buruk Sangka

Hari ini seperti biasa, aku memulakan perjalanan ke Lecture Hall yang terletak dalam bangunan Community Medicine. Jarak dari rumah tidaklah terlalu jauh tetapi memandangkan jam telah menunjukkan pukul 8.53 pagi dan aku akan mengambil End Posting Examination untuk Community Medicine sebentar lagi, maka aku memutuskan untuk mengambil auto rickshaw ke sana. Aku berjalan menuju ke tempat menunggu auto rickshaw. Kelihatan ada beberapa buah di sekitar tempat menunggu dan aku memberikan isyarat kepada salah seorang driver. Sebuah auto bergerak menuju tempat aku berhenti. "Alamak pakcik ni pulak. This going to be a bad day." Kenapa pula aku berkata demikian? Pakcik yang memandu auto ini kukenali sebagai pakcik yang suka mengenakan extra charge. Telah beberapa kali apabila aku menaiki autonya dia menambah caj tambahan sebanyak Rs5. " Habislah Rs5 aku hari ini, "kataku lagi. "Hmm..takpela, nak buat macam mana dah naik. Takkan nak suruh berhenti pula." Pada waktu itu aku me'rela'kan diri untuk membayar Rs20 berbanding Rs15 pada hari-hari lain. Setibanya aku di ICHS, aku pun mengeluarkan dua keping not merah dan menghulurkan kepadanya. Kemudian, tangannya menyeluk ke tempat duit syiling dan mengeluarkan syiling Rs5. Aku terkesima. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya, aku pun berlalu dan berjalan ke arah bangunan yang bertentangan dengan ICHS, Dalam hatiku, tidak putus-putus aku beristighfar. Aku telah bersangka buruk dengan pakcik itu.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling mematai-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara

[Sahih Muslim]